Saturday, 3 May 2014

Assalammualaikum,

Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat untuk datangkan lebih keinsafan secara berseorangan), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu bakal membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yg lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita menjadi seperti racun berbisa.
Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah "Hasbunallah wa ni'mal wakil", La hawla wala quwwata illa billah" dan "inna lillahi wa inna ilaihi raa'jiun". Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh...! Kegagalan itu hanyalah suatu resepi mencapai sesuatu kejayaan. Dengannya, kejayaan lebih enak.

-Petikan dari Ustaz Zaharuddin-

Wednesday, 30 April 2014

Salam Perkenalan

Assalammualaikum,

Selamat datang ke blog saya, semoga apa yang saya sharekan akan bermanafaat dan juga supaya apabila saya tiada nanti hanya kata-kata yang baik sahaja yang tinggal.

Semoga seluruh tindak tanduk kita menyumbang kepada ibadah.

Hayatilah ayat Al-Quran dibawah: 

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-zariyat:56)

Maksud ayat ini ialah supaya kita sedar bahawa tujuan penciptaan kita dan jin adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah, hanya itu tujuannya bukan lain.

Apakah kita sedar? Apakah segala tindak tanduk kita menjurus kepadanya?

Marilah kita sama-sama mengabdikan diri kita kepada Allah dan seterusnya sedar akan perkara ini.

Semoga bermanafaat