Wednesday, 30 April 2014

Salam Perkenalan

Assalammualaikum,

Selamat datang ke blog saya, semoga apa yang saya sharekan akan bermanafaat dan juga supaya apabila saya tiada nanti hanya kata-kata yang baik sahaja yang tinggal.

Semoga seluruh tindak tanduk kita menyumbang kepada ibadah.

Hayatilah ayat Al-Quran dibawah: 

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-zariyat:56)

Maksud ayat ini ialah supaya kita sedar bahawa tujuan penciptaan kita dan jin adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah, hanya itu tujuannya bukan lain.

Apakah kita sedar? Apakah segala tindak tanduk kita menjurus kepadanya?

Marilah kita sama-sama mengabdikan diri kita kepada Allah dan seterusnya sedar akan perkara ini.

Semoga bermanafaat