TAJUK: Mengapakah Istikharah Tidak terjawab.
Penulis asal: Ustaz Emran Ahmad
Mukadimah:
Ramai orang masih salah faham tentang amalan istikharah. Mereka mengangap istikharah, seolah-olah suatu upacara bagi mendapatkan ilham ataupun panduan daripada langit tentang apa yang perlu dilakukan ataupun keputusan yang perlu dipilih. Ini menyebabkan mereka TIDAK lagi berusaha mencari hujah dan membuat keputusan berdasarkan ilmu ataupun mencari kebenaran.
Ibnu Al-Haaj Al-Maaliki menyebut, "Sebahagian daripada orang yang melakukan solat Istikharah yang ditunjukkan oleh syariah. Lalu, menunggu sehingga datang mimpi dalam tidur yang tidak dapat difahami memberikan petunjuk tentang keputusannya. Sebenarnya, semua ini TIDAK dikira di sisi agama kerana Nabi SAW menyuruh kita supaya melakukan istikharah, berbincang meminta pendapat orang lain, dan bukannya bergantung pada mimpi." (Rujuk: Al-Madkhal).
Ramai orang pada hari ini berpendapat, amalan solat istikharah itu akan dijawab oleh Allah s.w.t melalui gerak hati ataupun petunjuk seperti mimpi, rasa berat hati dengan sesuatu pilihan, ataupun sebagainyya. Namun, tiada satu pun dalil yang sahih tentang hal itu. Terdapat sebuah laporan daripada Ibnu As-sunni yang menyebut:
Lakukanlah istikharah sebanyak 7 kali dan berdoa kepada Tuhan kamu, lalu lihatlah apa yang dipilih oleh hati kamu kerana kebaikan pasti akan berada padanya.
Al-Hafiq Al-Iraqi berkata hadis diatas ini lemah, Imam AL-Nawawi dalam kitab Al-Azkar menyatakan dhaif dan Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata sanadnya lemah dan tidak boleh dijadikan hujah(kitab Fath AL-Bari).
Hakikatnya, istikharah adalah solat bagi memohon petunjuk daripada Allah s.w.t supaya memperkenankan pilihan yang dilakukan, menepati kehendak Allah s.a.w dan beroleh takdir yang baik daripada hasil keputusan yang kita lakukan dengan menurut kemampuan akal, usaha, dan tawakal kepada Allah s.w.t. Apa yang penting dan apa yang sebenarnya dinilai oleh Allah s.w.t adalah usaha yang kita lakukan dalam membuat keputusan, bukan hasil keputusan itu. Sebagai manusia yang lemah, kita tidak mungkin dapat mengetahui apakah yang terbaik dan benar, namun apa yang mahu dilihat oleh Allah s.w.t adalah cara kita beramal dan berusaha menurut kehendak-Nya, ataupun sebaliknya.
Imam Al-Qurtubu dalam kitab Jami' Ahkam Al-Quran, juga sebahagian ulama terdahulu mementingkan amalan solat istikharah sehingga mereka mengatakan seperti berikut:
Tidak patut untuk seseorang itu memulakan sesuatu daripada urusan dunia sebelum meminta kepada Allah kebaikan dalam urusan itu dengan melakukan solat dua rakaat istikharah.
Para ulama salaf terdahulu begitu emahami hal ini dan sentiasa melakukan istikharah dalam semua urusan mereka, sama ada urusan kecil atau besar.
Bersambung......


No comments:
Post a Comment